fbpx

Lelaki cedera parah, tidak sempat ziarah kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan Che Muda yang tersepit dari keretanya yang remuk teruk di Jalan Kuala Jeneris - Sungai Gawi berhampiran Aring dekat Hulu Terengganu semalam.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Hajat seorang untuk menziarahi kematian tidak kesampaian apabila cedera parah selepas kereta Perodua Viva dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kuala Jeneris – Sungai Gawi berhampiran Aring dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu,
Che Muda Hasan, 57, mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd. Zamri Muda berkata, sewaktu kejadian, Che Muda dikatakan dalam perjalanan untuk menziarahi kematian di Besut dari Perak.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa bersendirian bertembung dengan sebuah lori lima tan.

“Dia yang mengalami kecederaan tersepit hampir sejam sebelum berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan tiba pada pukul 8.10 malam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, Che Muda berjaya dikeluarkan dari kenderaannya yang remuk teruk pada pukul 8.50 malam.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu di sini untuk menerima rawatan. – K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI