fbpx

SMK Kindurong muncul johan CIP-KPS anjuran KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (empat dari kiri) bersama pasukan SMK Kindurung yang memenangi Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kindurong, Bintulu, Sarawak muncul johan pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) peringkat kebangsaan hari ini.

Pasukan sekolah itu dianggotai empat pelajar tingkatan lima iaitu Aniq Nazhan Mazlan, Mohd. Asraf Maslihi, Felicia anak Lim dan Evelyn Kiu Mee Eng yang kesemuanya berusia 17 tahun.

Guru pengiring, Cheong Kok Khim berkata, kejayaan tersebut membaiki pencapaian SMK Kindurong yang meraih tempat kelima pada pertandingan sama yang diadakan di Negeri Sembilan pada tahun 2019.

“Pertandingan CIP-KPS sudah dua tahun diadakan berikutan pandemik Covid-19. Kami cuma mempunyai masa tiga minggu untuk membuat persiapan setelah menjuarai peringkat negeri.

“Pelajar saya telah bertungkus-lumus untuk menguasai lima modul yang ditetapkan dalam pertandingan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu pasukan SMK Kindurong menerima hadian berupa wang tunai RM5,000, piala iringan, medal dan sijil penghargaan yang disampaikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Kok Khim berkata, pertandingan CIP-KPS yang berkonsep interaktif menguji kecekapan pelajar dalam isu perlindungan pengguna, pengurusan kewangan, pemakanan sihat dan kelestarian alam sekitar.

Tambah beliau, oleh kerana skop modul terbabit terlalu luas, beliau membantu dengan menyalurkan maklumat dan bahan bacaan kepada pelajar-pelajarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI