KUALA LUMPUR – Pelumba RNF Racing, Cal Crutchlow berharap perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia akan berlangsung dalam keadaan kering meskipun saingan tersebut diramalkan hujan pada hujung minggu ini di Litar Antarbangsa Sepang (SIC).
Pelumba Britain tersebut yang dipanggil menggantikan tempat pelumba Itali, Andrea Dovizioso pada perlumbaan GP Aragon yang mengumumkan persaraannya.
Justeru, Crutchlow yang menamatkan saingan tempat ke-13 di Phillip Island, Australia berharap dia mampu meraih satu lagi keputusan terbaik ketika beraksi bersama pasukan Malaysia tersebut.
“Saya mengenali Litar Antarabangsa Sepang dengan baik selepas 12 tahun berlumba di MotoGP, saya telah melakukan banyak pusingan di sana.
“Saya harap keadaan cuaca di Sepang bertambah baik dan dapat beraksi dalam litar kering, namun andai hujan, kami tidak dapat buat apa-apa.
“Saya tidak sabar untuk turun menguji litar pada Jumaat ini,” kata Crutchlow pada ditemui di Tugu Negara, pada majlis penanaman pokok di Taman Tugu semalam.
Ketika ini, Crutchlow juga turut menjadi pelumba uji Yamaha bagi membantu mengumpul data buat pasukan dari Jepun tersebut.