fbpx

Che Ta menginspirasikan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN anak-anak terunanya menamatkan pengajian dan meraih ijazah menjadikan Che Ta seorang ibu dan wanita yang sangat menginspirasikan buat segelintir netizen.

BARU-BARU ini, Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi khabar gembira apabila dua anak terunanya, Ammar Effendy dan Aniq Ezra sudah bergraduasi daripada sebuah kolej swasta.

Ramai yang terharu dengan perkongsian tersebut sehingga Che Ta meraih pujian dek kejayaan anak-anaknya. Kejayaan anak semestinya gambaran kecemerlangan seorang ibu juga.

Iyalah, Che Ta pernah bergelar ibu tunggal selama 12 tahun dan pahit manis memori tersebut hanya empunya badan sahaja melaluinya.

“Orang hanya nampak sudut glamor, tetapi hakikatnya dia sahaja tahu kepayahan nembesarkan anak tanpa nak jadi isteri Datuk atau Tan Sri. Tabik!” puji seorang netizen.

“Tahniah! Seorang wanita yang perlu dijadikan inspirasi,” komen seorang lagi netizen.

Semoga perkongsian Che Ta ini menjadi contoh kepada kaum wanita untuk terus kuat membesarkan anak-anak. Harap pengorbanan yang dicurahkan terbayar satu hari nanti.

MIZZ LAHAR: Caprice sekarang dah macam YB, sibuk dengan isu rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI