fbpx

Skandal curang, Rain saman YouTuber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIN

TIDAK menunggu lama, penyanyi Rain menerusi syarikatnya R.A.I.N Company mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah ke atasnya.

Sehingga kini, satu tuntutan saman telah dihantar kepada seorang YouTuber yang menyebarkan dakwaan kononnya Rain mencurangi isterinya, Kim Tae-hee.

“Selepas membuat siasatan dan mengumpul bukti-bukti terperinci, kami sudah pun memfailkan tuntutan pertama terhadap penyebar dakwaan tidak berasas itu.

“Kami tidak akan berhenti dan terus memantau penyebar fitnah. Syarikat juga akan memfailkan tuntutan mahkamah kali kedua dan ketiga,” katanya.

Awal bulan ini, tular dalam media sosial dakwaan bahawa Rain menjalin hubungan sulit dengan seorang pemain golf profesional, Park Kyung.

Selain Rain, nama seorang lagi aktor popular, Jo Jung-suk turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Kedua-dua bintang ternama itu bagaimapun tampil membuat penafian sekeras-kerasnya dan nekad mengambil tindakan undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI