fbpx

Gabung atau bercerai, Pas sentiasa ada dalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gabungan Muafakat Nasional sebelum ini. Gambar hiasan
MOHD. RASDAN AHMAD
WARTAWAN EKSEKUTIF

UNTUK apa bergabung? Semesti jawapannya untuk kuat dan kukuh. Untuk apa berpisah? Maka keluarlah jawapan dan dalil lain yang pastinya ‘dia’ tetap be­tul.

Bukan sekali, parti Pas yang sinonimnya dengan Islam sudah banyak kali bergabung sebelum ini bagi menghadapi siri Pilihan Raya Umum (PRU) sejak diadakan di negara kita selama ini.

Sejarah gabungan dan perjanjian Pas amat jauh bezanya ke­rana setiap kali bergabung atau berkawanan pasti ada dalilnya dan setiap kali berpisah juga mesti ada sebab tersendiri.

Pas yang begitu kuat di Kelantan sebelum ini pernah membentuk Angkatan Perpaduan Ummah atau APU pada tahun 1990 dan tidak lama selepas PRU tahun tersebut gabungan tersebut berkubur.

Tidak lama setelah itu pada 1999 pula, Barisan Alternatif (BA) pula dibentuk dan turut berkubur selepas itu. Kemudian pasca PRU12 2008 Pakatan Rakyat (PR) gabungan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dibentuk.

Manakala selepas PRU13 Parti Islam ini keluar pula PR dan pasca PRU14 selepas terkuburnya pemerintahan UMNO selama 60 pada Mei 2018, Muafakat Nasio­nal (MN) pula dibentuk.

Paling menyedihkan apabila tidak sampai tempoh dua tahun, MN yang dibentuk kononnya dari air mata orang Melayu itu pula mengikut jejak dan berkubur lagi.

Selepas Bersatu menjadi Perdana Menteri dan membentuk Perikatan Nasional (PN), dan bertukar pula Perdana Menteri dari UMNO yang bertahan sehingga PRU15 tidak lama lagi, mungkin sejarah perceraian sebelum ini berulang sekali lagi.

Paling menarik mengenai Pas ini, semuanya parti yang pernah menjadi ‘kawannya’ adalah salah, pasti sahaja bergabung ada dalil dan bercerai juga ada dalil.

Jangan terkejut apabila Pas boleh bersama siapa sahaja se­perti kisah mereka bersama DAP dan UMNO sebelum ini sekejap menjadi sahabat akrab dan sekejap boleh menjadi musuh ketat.

Rang Undang-Undang (RUU) 355 berkenaan hukum hudud yang diratib sebelum ini juga hilang entah ke mana, jika ditanya kenapa tidak dilaksanakan da­lilnya, Pas adalah minoriti, kalau ingin dilaksanakan di bumi Malaysia, kita semua kena undi Pas.

Dalam PRU15 ini pula, katanya Pas hanya sasar 30 kerusi sahaja dan dikatakan bakal bertembung dengan lima kerusi dengan rakannya Bersatu. Jadi, kalau 30 kerusi RUU 355 hanya akan jadi sejarah sahaja.

Memetik kata penganalisis politik, Mohammad Agus Yusoff, kenyataan-kenyataan Pas dilihat hanya menganggap mereka be­tul dan menggunakan dalil yang sesuai dengan kehendak mereka turut menyebabkan orang Mela­yu menjauhi Pas.

“Perkara ini menyebabkan orang Melayu turut bersama Pas. Rakyat melihat sendiri betapa teruknya Pas menunggang agama; prestasi teruk Pas di negeri yang mereka perintah; pemimpin

Pas bercakap tanpa adanya hala tuju jelas dan betapa tidak berdayanya menteri-menteri Pas da­lam kerajaan.

“Rakyat tidak nampak apa khazanah yang ditinggalkan oleh Pas dalam perjuangannya untuk negara pada hari ini melainkan hanya untuk memecahkan pemikiran orang Melayu dan Islam,” katanya.

Secara dasarnya, jika melihat dengan keadaan ini, suka untuk diperkatakan keputusan Pas bersama Bersatu dalam PN, maka PRU kali ini adalah perlawanan antara UMNO dan PH semata-mata.

Ada sebabnya, siapa sahaja bersama Pas pasti akan kalah. Sebab itu dari zaman Barisan Alternatif sehingga Pakatan Rakyat mereka tidak pernah menang, keluar sahaja dari PR sejarah pernah tertulis PH terus bentuk kerajaan pada 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI