fbpx

APMM tahan 22 nelayan Vietnam di perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan Vietnam yang ditahan pada kedudukan 128 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman pada kelmarin.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan aktiviti sebuah bot nelayan Vietnam yang mahu mengaut hasil laut negara secara haram pada kelmarin.

Bot yang mempunyai 22 kru berusia dalam lingkungan 17 hingga 54 tahun itu ditahan pada kedudukan kira-kira 128 batu nautika dari Kuala Kemaman dekat sini pada pukul 10.40 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, sewaktu ditahan kesemua nelayan Vietnam itu sedang leka menangkap ikan.

“Pemeriksaan mendapati 22 nelayan Vietnam berkenaan gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

“Bot yang mereka naiki juga tidak memiliki lesen sah untuk menangkap ikan di perairan negara yang dikeluarkan Jabatan Perikanan,” katanya di sini semalam.

Rashidilhadi berkata, APMM merampas hasil laut, bekalan minyak desel, bot dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta sebelum menundanya ke Jeti Markas Zon Maritim Kemaman.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI