fbpx

Siapa lagi yang gila nak lawan golongan akhir zaman – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice tidak gentar membuat pembongkaran meskipun menyedari apa yang dilakukan meletakkan kedudukan keluarganya dalam bahaya.

PETALING JAYA – Penyanyi rap sensasi Caprice sekali lagi menuai perhatian ramai apabila disifatkan segelintir netizen sebagai penempel atau penyebok dan tidak kurang itu dilekatkan gelaran penyiasat nombor satu negara.

Pemilik nama lengkap Ariz Ramli, 34, itu sempat sohor kini sekitar pagi tadi ekoran tindakannya yang disamakan sebahagian netizen seperti watak dalam siri animasi, Detektif Conan kerana tidak mengenal erti penat lelah mengupas atau membongkar isu-isu hangat.

Antara isu yang diperjuangkannya sekarang adalah berkaitan jenayah seksual penceramah bebas, individu mengaku keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW dan terbaharu, nasib Cikgu Fadli bersama majikannya iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Dah tiba masanya pihak berkuasa lantik Caprice jadi ketua di jabatan siasatan. Tak pun, dia jadi hakim,” ciap seorang pengguna Twitter  bernada sarkastik.

Seorang lagi netizen lain menciap: “Caprice ni macam Detective Conan semua masalah orang dia boleh huraikan dan rungkaikan.”

Pelantun lagu Dem Girls itu dalam ruangan komen hantaran status Instagramnya menjelaskan, perjuangan membetulkan apa yang salah tetap berterusan, terutama, selepas pulang dari Jordan tahun lalu untuk satu misi kemanusiaan yang meraih kritikan dan buah mulut ramai.

“Kalaulah saya boleh terangkan dalam satu video mengapa saya buat semua ini sejak balik dari Jordan.

“Kita terpaksa simpan banyak rahsia. Tapi, kalau kalian perasan, sekarang satu persatu dibongkar.

“Bagi saya, ini adalah satu jihad baharu dan perjuangan tidak akan pernah mudah atau senang,” coretnya menjawab satu kritikan dan pandangan seorang pengguna Instagram.

Suami kepada wanita bernama Farra Inalis memaklumkan, dia sangggup meletakkan keluarganya dalam bahaya demi melawan kebatilan.

“Kalau saya berhenti, siapa lagi gila untuk lawan golongan akhir zaman.

“Menakutkan buat saya dan saya tahu, dengan buat semua ini, saya dah meletakkan keluarga dalam keadaan yang bahaya.

“Saya dah tunaikan banyak solat hajat dan semua beri petunjuk kepada ini (apa yang saya lakukan sekarang). Memang sukar tapi saya tahu, saya perlu buat yang terbaik,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Caprice juga tenang saat membalas satu komen kasar daripada seorang pengguna Instagram yang menyifatkan dirinya ibarat anjing suka menyalak sana sini.

“Amin. Demi mangsa jenayah besar dalam agama Islam, kita tak perlu bincang pasal aib.” tulisnya.

Terdahulu, figura kelahiran Negeri Sembilan itu rancak membongkar beberapa isu melibatkan golongan agamawan tanah air yang tersepit isu melibatkan jenayah seksual.

Caprice juga menggunakan platform media sosialnya untuk memperjuangkan nasib seorang guru cemerlang yang membuat pendedahan bahawa dirinya bakal dikenakan tindakan dibuang kerja serta turun pangkat gara-gara bersikap lantang mengenai isu silibus pelajaran di sekolah serta masalah beg berat.

Dicemuh dari segala penjuru, sehingga ada yang menyifatkan dirinya sebagai gila dan dahagakan perhatian namun semua itu tidak mematahkan semangat Caprice meneruskan pembongkaran demi pembongkaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI