fbpx

JPJ Kelantan kutip RM3.26 juta bidaan nombor siri DEN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis iklan yang dikeluarkan JPJ Kelantan mengenai bidaan nombor siri DEN baru-baru ini.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan kutipan sebanyak RM3.26 juta sepanjang tempoh bidaan nombor siri pendaftaran DEN selama lima hari bermula 13 hingga 17 Oktober lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, jumlah kutipan hasil siri pendaftaran itu melebihi sasaran iaitu RM2.6 juta.

Menurutnya, nilai tertinggi dalam bidaan itu adalah nombor pendaftaran DEN 8 iaitu RM98,888 diikuti DEN 6 (RM71,000) dan DEN 3 (RM68,889).

“Sepanjang tempoh itu, seramai 938,751 pengguna yang berdaftar telah membida nombor pendaftaran tersebut melalui sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid).

“Daripada jumlah itu, seramai seramai 2,057 pembida telah berjaya dengan nombor yang dibida sebanyak 2,070,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Misuari, bagi siri nombor pendaftaran utama, harga minimum ditetapkan sebanyak RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300).

Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan sistem JPJeBid diperkenalkan bermula dengan siri DDP hingga DEM, JPJ Kelantan telah mengutip sebanyak sebanyak RM40,147,112. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI