fbpx

Lelaki selamba spin ‘mesin judi’ semasa hadiri majlis keagamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan seorang lelaki bermain judi semasa menghadiri sebuah majlis keagamaan.

PETALING JAYA – Tiada perasaan hormat dan malu apabila berada dalam majlis keagamaan.

Itu antara komen yang dilontarkan netizen apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki yang selamba bermain mesin judi ketika menghadiri sebuah majlis agama.

Klip video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @fazil_kechik dan kelihatan dalam video itu terdapat ramai hadirin bersama lelaki itu.

Difahamkan klip video tersebut dirakam sewaktu jemaah sedang menunggu kehadiran penceramah bagi sebuah Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana tidak menghormati majlis keagamaan yang dihadirinya.

“Malulah sikit pada majlis agama pun nak main judi, mana rasa hormat anda, tunggulah balik rumah dahulu kalau nak ‘spin’ pun,” @aimanjacky.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @rjwan.

“Mungkin dia fikir ‘spin’ kat majlis ilmu akan dapat rezeki melimpah. Jangan sampai datang malaikat cabut nyawa, harap bertaubat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI