fbpx

Perjuangan saya belum habis – Cikgu Fadli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Fadli

PETALING JAYA – Guru matematik Mohd. Fadli Mohamed Salleh hari ini mendedahkan bahawa terdapat tangan ghaib dalam Kementerian Pendidikan (KPM) sehingga menyebabkan dirinya terpalit dengan isu tatatertib yang baru sahaja digugurkan hari ini.

Menerusi siaran secara langsung di Facebook, Mohd. Fadli berkata, meskipun telah digugurkan daripada tindakan tatatertib, namun perjuangannya masih belum selesai.

Kata beliau, perubahan yang diinginkan masih belum tercapai selagi terdapat sebahagian mereka yang mempunyai kuasa menekan orang (bawahan) supaya meneruskan budaya yang tidak sihat.

“Surat itu tak sepatutnya sampai. Kerana tak setimpal dengan kesalahan. Ia tak masuk akal melainkan ada tangan ghaib yang mampu mempengaruhi.

“Mereka ini perlu singkirkan daripada sistem. Minta mereka bersara awal dan lantik mereka yang berintegriti. Itu tujuan saya. Perjuangan saya bukan untuk dapat jadi cikgu balik atau didapati tidak salah,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd. Fadli mengakui bahawa KPM mempunyai pelbagai dasar yang baik tetapi perlu diangkat semula dengan memberi penjelasan secara menyeluruh kepada masyarakat.

“Saya sayang KPM dan ia perlu diangkat semula. KPM perlu telus dan lebih terbuka terhadap apa yang disampaikan oleh masyarakat dan para guru,” ujarnya.

Mengulas lanjut berkenaan masa hadapan negara dimana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal diadakan dalam masa terdekat, Mohd. Fadli menyeru semua parti politik agar meletakkan agenda pendidikan di dalam manifesto mereka.

“Saya tak kata saya betul tetapi nilai hujah saya, kata-kata saya ini. Jika benar, tolong masukkan dalam manifesto kalian. Tolong laksanakan bila kalian berkuasa

“Ini bukan untuk diri saya. Untuk negara kita, demi negara Malaysia dan anak-anak kita mendapat hak dia yang lebih selesa termasuk supaya KPM lebih disanjung tinggi serta dihormati,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI