fbpx

Impian menggunung Robert Lewandowski berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI sedikit terubat daripada kekecewaan apabila mempertahankan Trofi Gerd Muller kali kedua berturut-turut sebagai penjaring terbanyak musim lalu. – AFP

PARIS – Impian besar Robert Lewandowski untuk meraih Anugerah utama Ballon d’Or buat kali pertama dalam kariernya tidak kesampaian apabila hanya menduduki kedudukan keempat tahun ini.

Lewandowski, 34, disebut-sebut boleh memenanginya pada 2020 tetapi anugerah itu dibatalkan ekoran penularan Covid-19 sebelum tewas 33 undi kepada pemenang tahun lalu, Lionel Messi.

Bekas bintang Bayern Munich itu yang kini menyarung jersi Barcelona, sekali lagi dikecewakan apabila melihat penyerang Real Madrid, Karim Benzema yang dinobatkan sebagai penerima Ballon d’Or 2022.

Tempat kedua pula menjadi milik bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane dan kapten Manchester City, Sadio Mane pada kedudukan ketiga.

Bagaimanapun, kekecewaan Lewandowski terubat apabila dia mempertahankan Trofi Gerd Muller kali kedua berturut-turut sebagai penjaring terbanyak musim lalu.

Lewandowski menjaringkan 57 gol daripada 56 perlawanan bersama Bayern dan negaranya, Poland sepanjang tahun lalu selain muncul penjaring terbanyak Bundesliga dengan 35 gol.

Sementara itu, rakan sepasukan Lewandowski di Barcelona iaitu Gavi muncul penerima Trofi Kopa iaitu anugerah khas yang diberikan kepada pemain muda terbaik di bawah usia 21 tahun.

Penjaga gol Real, Thibaut Courtois pula menewaskan Alisson (Liverpool) dan Ederson (City) untuk merangkul Trofi Yashin yang dimenangi oleh Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain) tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI