fbpx

Putellas pertahan anugerah Ballon d’Or

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTELLAS menerima anugerah Ballon d’Or buat musim kedua berturut-turut selepas membantu Barca Femini memenangi gelaran berganda. – AFP

PARIS – Semangat penyerang sensasi skuad wanita Barcelona, Alexia Putellas berada pada tahap tertinggi selepas berjaya mempertahankan anugerah Ballon d’Or buat musim kedua berturut-turut.

Putellas, 28, memenanginya selepas membantu Barca Femi­ni memenangi gelaran berganda iaitu Liga F dan Piala Super Sepanyol selain finalis Liga Juara-Juara Wanita musim lalu.

Menariknya, bintang Sepanyol itu juga merupakan penja­ring terbanyak Liga Juara-Juara Wanita dengan 11 gol dan turut menenangi Anugerah Pemain Wanita Terbaik Eropah 2022.

Putellas menerima anugerah di Chatelet Theatre itu selepas menewaskan dua pencabar terdekatnya iaitu pemenang Kejohanan Euro 2022 bersama England, Beth Mead dari England dan penyerang Chelsea, Sam Kerr.

Kini, Putellas sudah tidak sabar untuk kembali turun padang dan berharap sembuh sepenuhnya daripada kecede­raan lutut sebelum penghujung tahun ini.

“Saya amat gembira untuk berada di sini walaupun masih dalam keadaan cedera. Keada­an lutut semakin baik dan saya perlu fokus kepada proses pemulihan.

“Jika semuanya berjalan lancar seperti diharapkan doktor dan kelab, saya sempat bermain semula untuk baki saingan musim ini.

“Pada mulanya saya merasakan sudah tiada peluang untuk mempertahankan anugerah ini disebabkan kecederaan saya. Jadi kejayaan ini sangat bermakna,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI