fbpx

Tekun umum kenaikan pembiayaan RM200,000 bagi kontraktor G1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh menyerahkan sijil penghargaan kepada peserta seminar itu

KUALA SELANGOR – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional mengumumkan kenaikan jumlah pembiayaan kepada kontraktor kelas G1 daripada RM100,000 kepada RM200,000 berkuat kuasa tahun depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, Skim Kontrak-i itu dijangka memberi manfaat  kepada 20,000 kontraktor di seluruh negara.

Kata beliau, kadar faedah pembiayaan yang ditetapkan kepada kontraktor itu juga rendah iaitu hanya 1.5 peratus.

“Kita mendapati kontraktor G1 ketika ini memerlukan modal lebih besar dengan isu kenaikan harga barang.

“Justeru, pinjaman RM100,000 sedia ada tidak mencukupi untuk membantu mereka melaksanakan kerja permulaan dan akan ditambah mulai 1 Januari tahun depan,” katanya selepas merasmikan Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor (SPKK) di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Tanjong Karang di sini, hari ini.

Noh memberitahu Tekun
memperkenalkan pinjaman menerusi skim khas itu sejak 2015 dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.1 bilion sehingga tahun ini.

Tambah beliau, seramai 19,000 kontraktor telah menerima manfaat pembiayaan berkenaan setakat ini.

“Kenaikan pembiayaan itu diharap membantu meringankan beban golongan berkenaan terutama yang terjejas ketika pandemik Covid-19,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI