LONDON – Geram nama sering diseru, Caleb Plant menumbangkan Anthony Dirrell dengan keputusan knock-out (KO) sebelum berpura-pura menggali kubur lawannya itu.
Dirrell sebelum ini sering mencabar Caleb dan sering mengeluarkan kata-kata kesat kepada lawannya itu sambil mendakwa tidak membenarkan peninju kulit putih menewaskannya.
Bagaimanapun, Caleb bijak mengawal gelanggang sebelum melepaskan tumbukan deras tangan kirinya lalu menumbangkan Dirrell yang juga bekas juara dua kali WBC di pusingan kesembilan.
Untuk rekod, ini kali pertama Caleb kembali ke gelanggang sejurus tewas gelaran IBF ketika menentang Canelo Alvarez pada November tahun lalu pada saingan super middleweight.
“Saya pasti anda semua mendengar bagaimana dia (Dirrell) membenci saya dan bagaimana dia berkata dia tidak akan membiarkan budak kulit putih memukulnya.
“Izinkan saya memberitahu anda sesuatu warna kulit tidak membawa anda untuk memenangi pertarungan ini kerana bakat yang membantu anda menjuarai perlawanan ini.
“Saya mengawal sepenuhnya sepanjang perlawanan ini. Jurulatih saya memberitahu agar kekal tenang dan bersabar serta ikut strategi.
“Kemudian dia jatuh dengan tumbukan tangan kiri. Itulah yang saya maksudkan,” tegas Caleb.
Caleb kemudian memanggil juara middleweight WBC, Jermell Charlo yang duduk di tepi gelanggang untuk naik ke kelas lebih tinggi untuk berdepannya. – AGENSI