fbpx

Pembonceng kapcai baling ketuhar gelombang mikro pada cermin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS sedang memberkas dua suspek yang terlibat dalam serangan terbabit. - Polis Lincolnshire/ SWNS

LONDON – Seorang pemandu di Britain cedera selepas penunggang motosikal kapcai membaling sebuah ketuhar gelombang mikro pada cermin hadapan keretanya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian berlaku semasa kereta itu dipandu dengan laju pada waktu malam.

Insiden terjadi pada malam 16 Oktober lalu ketika mangsa memandu kereta Ford Fiesta berwarna biru di Heapham Road, bandar Gainsborough.

Serangan itu bermula apabila pemandu kereta melihat dua orang yang menaiki sebuah motosikal tanpa lampu menuju ke arahnya pada pukul 11 malam (waktu tempatan).

Pembonceng itu kemudian membaling ketuhar sebelum melarikan diri, menyebabkan cermin depan kereta mangsa pecah dan kaca berkecai di dalam kereta.

Polis telah memberkas suspek selain percaya bahawa mereka mungkin menjadi dalang kepada beberapa insiden kerosakan lain di bandar itu.

“Kami sedang menyiasat laporan kejadian di mana sebuah ketuhar gelombang mikro dilempar pada cermin hadapan sebuah kereta yang sedang bergerak. Cermin itu rosak dan pemandu kereta cedera, syukur dia tidak parah. 

“Terdapat beberapa laporan jenayah kerosakan kereta di Gainsborough, pada hujung minggu lalu.

“Kami menerima laporan kerosakan pada kenderaan di Corringham Road, Jalan Garfield Street dan Forster Street, di mana saksi melihat seorang penunggang dan pembonceng motosikal menggunakan barang yang disifatkan sebagai tiang gol dan senjata dipercayai kapak untuk merosakkan kereta,” kata Jurucakap Polis Lincolnshire. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI