fbpx

Dua kapal dagang bekal diesel kepada nelayan asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Nur Syam Asmawie memeriksa dua buah kapal daging asing yang ditahan Maritim Malaysia di Tok Bali, Pasir Puteh semalam.- Foto oleh TOREK SULONG

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan berjaya menahan dua buah kapal dagang dari negara jiran yang dipercayai menjadi pembekal minyak diesel kepada bot-bot nelayan asing Vietnam yang menceroboh di perairan negara.

Pengarah APMM negeri, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas sebanyak lebih 230, 000 diesel yang bernilai RM391, 000 dengan anggaran keseluruhan rampasan termasuk dua kapal ialah RM2.39 juta.

Katanya, kedua-dua buah kapal itu ditahan di sekitar 110 batu nautika dari Kuala Tok Bali di sini kelmarin dalam Ops Kuda Laut.

“Kapal dagang pertama ditahan pada pukul 11.20 pagi diikuti kapal kedua berhampiran lokasi tersebut. Kedua-dua kapal bertindak memecut laju ke perairan Vietnam apabila menyedari kehadiran Kapal Maritim (KM) Tok Bali.

“Bagaimanapun, kita berjaya memintas mereka. Pemeriksaan lanjut mendapati dua kapal itu dikendalikan oleh seramai 14 orang warga Thailand dan seorang warganegara Indonesia yang berumur dalam lingkungan 24 hingga 59 tahun termasuk seorang wanita,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kelantan, Tok Bali di sini hari ini.

Menurut Muhd. Nur Syam Asmawie, dua tekong bot berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen kapal dagang, insurans selain tidak memiliki dokumen pengenalan diri ketika pemeriksaan dijalankan.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal, pihaknya mengesyaki kapal dagang itu mempunyai kaitan dengan aktiviti nelayan asing Vietnam yang kerap menceroboh dan mencuri hasil laut negara.

“Kapal pertama membawa kira-kira 80,000 liter diesel manakala bot kedua membawa sebanyak 150, 000 liter diesel yang disyaki dibekalkan kepada bot nelayan asing di tengah laut.

“Mereka turut membawa sebanyak lapan ekor anjing di dalam kapal tersebut,” katanya.

Menurut Muhd. Nur Syam, dengan penahan 15 orang warga asing dalam kes itu, ia menjadikan seramai 610 orang kru kapal telah ditahan sepanjang tahun ini.

Tambahnya, kedua-dua kapal dagang dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Kelantan petang semalam untuk siasatan lanjut dan 15 kru kapal ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI