fbpx

Penembak tepat ‘Joan of Arc Ukraine’ berkahwin di medan perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emerald menyertai rejimen pasukan khas, Safari, selepas konflik peperangan bermula. – Instagram

KIEV –  Seorang penembak tepat yang digelar ‘Joan of Arc Ukraine’,  melangsungkan perkahwinan bersama seorang askar lelaki di barisan hadapan sambil memegang selaras mesingan, lapor akhbar The Sun semalam.

Majlis perkahwinan antara Evgenia Emerald dan suaminya, Evheniy Stypaniuk dirasmikan oleh seorang jeneral tentera Ukraine di sebuah lokasi di bandar Kharkiv, Jumaat minggu lalu.

Penembak tepat yang terkenal dalam kalangan rakyat biasa  itu berkongsi gambar perkahwinan dengan 50,000 pengikutnya di laman Instagram sambil berkata, ‘sebuah keluarga patriotik telah lahir’.

Emerald yang memakai gaun perkahwinan berwarna putih bergambar bersama suaminya sambil memegang senjata.

Hari bahagia pasangan tersebut turut jatuh pada hari cuti umum dikenali sebagai Hari Pembela bagi memperingati jasa veteran askar Ukraine yang juga merupakan hari lahir Stypaniuk.

Pasangan itu berkenalan tidak lama selepas Russia melancarkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine, manakala Emerald mengumumkan pertunangan mereka pada Ogos lalu.

“Hari ini, secara rasminya saya bergelar isteri kepada seorang askar.

“Kami berkawin di medan perang. Saya tidak pernah membayangkan majlis perkahwinan yang sempurna seperti ini.

“Saya memahami bahawa setiap hari mungkin menjadi hari terakhir kami. Jadi, kami enggan menangguhkan kehidupan untuk kemudian hari,” kata Emerald menerusi hantaran di Instagram.

Wanita itu sebelum ini dilaporkan bekerja dalam perniagaan barang kemas, namun kemudian menyertai rejimen pasukan khas, Safari, selepas perang  bermula. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI