fbpx

Sami mabuk mengamuk di jalanan, ancam penduduk dengan kapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRAYOON dirakam menghayunkan kapak dan memegang botol bir di tepi jalan. - MGR online melalui wilayah utara

BANGKOK – Seorang sami mabuk ditangkap selepas menyebabkan huru-hara di sebatang jalan di wilayah Kamphaeng Phet, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Prayoon, 49, didakwa mengamuk dengan merosakkan kereta-kereta penduduk menggunakan botol bir di sebelah tangannya dan sebilah kapak di tangan satu lagi.

Penduduk tempatan membuat laporan kepada timbalan ketua daerah mengenai sami itu yang menyebabkan situasi huru-hara di Jalan Phahonyothin, daerah Mueng.

Mereka turut risau Prayoon akan mencederakan dirinya sendiri dan mendatangkan masalah kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain.

Sebuah video yang disiarkan oleh agensi berita Thailand memaparkan Prayoon yang berpakaian tradisional, berkelakuan tidak sepatutnya di tepi jalan raya.

Dia dilihat membuka penutup bir dan meminumnya sambil tangannya turut menghayunkan kapak. 

Menurut laman berita One 31, Prayoon turut mengganggu restoran dan kedai berhampiran di sepanjang jalan. Orang ramai berkata dia cuba mencederakan diri sendiri dengan memukul dada dan badannya selain dilihat menetak kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Prayoon dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental tetapi tidak mempunyai dokumen perubatan untuk mengesahkannya.

Dia memberitahu polis bahawa dia meminum bir kerana alkohol boleh membantu mengurangkan lemak dalam badannya. Dia mendakwa mempunyai kolesterol tinggi, diabetes, serta hipertensi dan meminum bir boleh membantu merawat semua penyakit itu.

Lelaki itu tidak didakwa, tetapi dihantar kembali ke kuilnya di mana rakan-rakannya berkata bahawa mereka akan menghantarnya ke hospital untuk dirawat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI