fbpx

Indonesia disaran suntik vaksin Bivalen, lebih berkesan tangani subvarian XBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kanak-kanak lelaki bersedia untuk menerima vaksin di Palu, Indonesia pada 19 Januari lalu. - AFP

JAKARTA – Mantan Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Asia Tenggara, Tjandra Yoga Aditama mengesyorkan Indonesia agar mula mempertimbangkan penggunaan vaksin Bivalen di tengah-tengah penularan subvarian Omicron, XBB di beberapa negara, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Menurut Tjandra, vaksin Bivalen sudah digunakan secara meluas di pelbagai negara termasuk Singapura dan Australia.

Ia dikatakan berbeza dengan vaksin yang digunakan di Indonesia kerana mampu memberi perlindungan terhadap varian lama dan baharu seperti Omicron. 

Tjandra memaklumkan bahawa beberapa negara khususnya di India telah merekodkan penularan varian XBB dan kes dijangka terus meningkat.

“Kami masih ingat varian Delta juga pada awalnya merebak di India dan kemudian menular di negara kita (Indonesia),” katanya.

Menjawab kepada cadangan tersebut, Kementerian Kesihatan (Kemenkes) berkata, pihaknya sedang menunggu cadangan daripada WHO dan pakar vaksin berhubung penggunaan vaksin Bivalen di Indonesia.

“Kami akan menunggu cadangan WHO, serta pakar domestik yang akan membuat penilaian berdasarkan situasi semasa,” kata Ketua Biro Komunikasi dan Perkhidmatan Awam Kemenkes, Siti Nadia Tarmizi.

Nadia memaklumkan bahawa subvarian XBB masih belum ditemui di Indonesia dan kerajaan ketika ini sedang meneruskan pemeriksaan melalui ujian jujukan penuh (WGS) dalam mengenal pasti varian domestik baharu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI