fbpx

Prilly Latuconsina derita jangkitan usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRILLY LATUCONSINA

SAMBUTAN ulang tahun kelahiran pelakon dan juga penyanyi Indonesia, Prilly Latuconsina pada tahun ini tidak seperti apa yang diharapkan.

Sehari sebelum tarikh ulang tahunnya tiba, iaitu pada 15 Oktober lalu, selebriti berusia 26 tahun itu terpaksa dimasukkan ke hospital disahkan mengalami jangkitan usus.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pelakon filem Surat Untukmu itu berkongsi keadaan ketika dirawat di sebuah hospital di Jakarta, Indonesia.

“Sebelum ulang tahun kelahiran saya yang ke-26. Saya dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pada usus.

“Walaupun sudah dibenarkan pulang, saya masih sakit. Saya tidak boleh berdiri,” katanya.

Gara-gara masalah kesihatan yang dialami, dia juga menangis setiap hari kerana perlu menahan rasa sakit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI