fbpx

Amaran ribut petir di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang telah dikeluarkan melibatkan enam negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan lima negeri di Semenanjung yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah di seluruh negeri Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap).

“Selain itu, Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Selangor (Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol) juga dijangka hujan lebat.

“Manakala di Sabah, kawasan yang dijangka mengalami cuaca tidak menentu adalah di kawasan Sandakan (Telupid dan Beluran),” katanya dalam hantaran Facebook.

METMalaysia memberitahu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI