fbpx

Ribut petir dijangka di tiga negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dikeluarkan melibatkan tiga negeri sehingga pukul 2 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk di negeri Selangor ialah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Seterusnya, cuaca tidak menentu itu juga melibatkan seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Jelasnya METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Manakala, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI