fbpx

Tak sempat seludup cecair vape bernilai lebih RM192,000 ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cecair vape yang dirampas PGA Batalion 7 dalam serbuan di pangkalan haram Tebu, Rantau Panjang hari ini . - Foto IHSAN POLIS

RANTAU PANJANG – Seorang penyeludup lari meninggalkan sebuah trak pikap dipandunya yang membawa sebanyak 1,608 botol cecair vape bernilai RM192,960 apabila anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu pangkalan haram Tebu di sini awal pagi tadi.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 1.45 pagi semasa anggota PGA menjalankan rondaan rutin di Kampung Lubok Jong di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, anggota bertugas mengesan sebuah trak pikap dipandu dalam keadaan mencurigakan masuk ke lorong kawasan pangkalan haram Tebu.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota PGA, pemandu tersebut terus melarikan diri ke arah hutan dengan meninggalkan kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di dalam trak pikap itu telah menemui sebanyak 1,608 botol cecair vape bernilai RM192,96.

“Kesemua vape tersebut dipercayai akan diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI