SHAH ALAM – Semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor tidak dibenarkan dan ditutup kepada umum mulai 1 November depan.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan penutupan itu berkuat kuasa sehingga 31 Januari tahun depan.
“Larangan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku.
“Ia berikutan musim tengkujuh yang bakal melanda kelak,” katanya.
Dalam pada itu, lima Taman Eko Rimba (TER) turut ditutup kepada pengunjung awam pada tarikh sama.
Ini melibatkan Taman Eko Rimba Sungai Tua, Sungai Tekala, Sungai Sendat, Gunung Nuang dan Komanwel.
Penutupan itu bagi mengelak kejadian kepala air yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pengunjung. -KOSMO!ONLINE