fbpx

Penghantar makanan maut ketika balik dari hantar pesanan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal penghantar makanan selepas terjatuh menyebabkan penunggangnya yang berusia 30 tahun meninggal dunia.

BATU PAHAT – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner (ACP) Ismail Dollah berkata, kejadian dilaporhan berlaku kira-kira pukul 9.40 malam tadi di kilometer 110.5 Jalan Johor Bahru – Melaka berhampiran pekan Yong Peng.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Pekan Ayer Hitam ke Yong Peng selepas selesai tugas menghantar pesanan makanan.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Yong Peng, apabila sampai di lokasi kejadian secara tiba-tiba motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terjatuh ke laluan bertentangan.

“Bagaimanapun kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail, akibat daripada kecederaan di bahagian kepala, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HDMI) untuk proses bedah siasat.

Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (API) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI