fbpx

Hujan lebat di empat negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dikeluarkan melibatkan empat negeri sehingga pukul 9 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri-negeri tersebut terdiri daripada negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang), Johor (Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), (Kinta dan Kampar), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Rompin).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Manakala, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam satu hantaran Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI