fbpx

Kumpulan pendaki Gunung Kinabalu cemas, hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan pendaki Gunung Kinabalu berdepan detik cemas apabila perubahan cuaca luar jangka mengakibatkan hujan lebat ketika melakukan pendakian pada Jumaat lalu.

RANAU – Sekumpulan pendaki Gunung Kinabalu berdepan detik cemas apabila perubahan cuaca luar jangka mengakibatkan hujan lebat ketika melakukan pendakian pada Jumaat lalu.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr. Maklarin Lakim berkata, semua pendaki bagaimanapun berjaya dibawa turun dengan selamat.

“Aktiviti pendakian dimulakan seperti biasa iaitu pada pukul 2.30 pagi dalam keadaan cuaca yang amat baik ketika pada hari kejadian.

“Namun cuaca mula bertukar pada pukul 6 pagi apabila hujan lebat dan angin kuat berlaku secara tiba-tiba.

“Semua pendaki yang diiringi kumpulan malim gunung kemudiannya dibawa turun melalui aliran air seperti yang dipaparkan dalam sebuah video tular terbabit sebelum pendaki berjaya turun dengan selamat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan berhubung rakaman video tular mengenai pendaki yang terperangkap dalam cuaca buruk sewaktu aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Tambahnya lagi, situasi yang dirakam dalam video tular tersebut berlaku pada 14 Oktober lalu.

Menurut beliau, kejadian aliran air deras seumpama ini sering berlaku di Gunung Kinabalu terutama apabila hujan lebat.

“Demi keselamatan para pendaki, pendakian ke puncak gunung akan ditutup sekiranya hujan lebat atau cuaca buruk sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) Pendakian Gunung Kinabalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI