fbpx

Pesawat tiba-tiba berhenti bergerak, netizen persoal kewujudan lampu isyarat ‘ghaib’ di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan seolah-olah pesawat itu berhenti di tengah-tengah udara. - TikTook

MELBOURNE – Sebuah video memaparkan pesawat secara tiba-tiba berhenti bergerak mengundang pelbagai spekulasi pengguna media sosial yang mendakwa terdapat lampu isyarat ‘halimunan’ di laluan trafik udara, lapor laman LADbible.

Klip luar biasa itu dikongsi oleh TikToker Denis (@plac3bo1) yang merakam kejadian tersebut.

“Pesawat itu ‘tersangkut’ di udara dan hanya kekal di situ buat seketika,” tulisnya pada kapsyen video.

Video itu menjadi tular, mengumpulkan lebih 3.6 juta tontonan serta beribu-ribu komen daripada orang ramai yang keliru berhubung pemandangan luar biasa itu.

“Pasti juruterbang sedang berhenti kerana lampu isyarat bertukar merah,” komen seorang pengguna media sosial.

“Anggap sahaja ada lampu isyarat yang kita tidak nampak,” gurau seorang lagi.

Namun begitu, seorang editor halaman sains dan teknologi, Jeff Parsons memberi penjelasan lebih munasabah  mengenai keadaan itu.

“Kemungkinan besar pergerakan kereta itu menghalang penampakan kelajuan sebenar pesawat ketika ia mendarat.

“Ditambah dengan perspektif kamera yang berubah-ubah dan ia mungkin kelihatan seolah-olah pesawat itu tidak bergerak di ruang  udara,” jelas Parsons. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI