SEORANG anggota kumpulan Blackpink, Jennie tampil membuat kejutan buat peminat apabila mempersembahkan lagu solo terbaharunya buat pertama kali semasa konsert Blackpink Born Pink Tour di Seoul baru-baru ini.
Biarpun belum dilancarkan secara rasmi, Jennie menunjukkan persembahan yang memukau buat semua penonton yang hadir.
“Saya bukan sahaja ingin mendedahkan mengenai lagu ini, tetapi saya mahu tunjukkan sisi lain diri saya,” ujar Jennie.
Pada konsert tersebut, Jennie tidak mendedahkan judul lagu berkenaan, namun ramai meneka sama ada tajuknya Dancing in the Moonlight atau I Love You and Me.
Semasa pelancaran tersebut, peminat tidak dapat melupakan aksi persembahan yang ditonjolkan oleh penyanyi yang berusia 26 tahun itu.
Jennie membuktikan kebolehan dan kemampuannya selaku penghibur apabila menyajikan persembahan hebat dngan melakukan nyanyian, tarian dan rap pada satu masa yang sama.
Menerusi konsert yang berlangsung di Olympic Gymnastics Arena, Blackpink menghiburkan peminat dengan deretan lagu hit mereka.