fbpx

Harga jualan lapan barangan akan dikawal sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak lapan jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimumnya akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 yang akan disambut pada 24 Oktober ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan oleh kerajaan dari 20 Oktober sehingga 26 Oktober depan.

“Tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari dan berkuat kuasa bermula empat hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.

“Pada masa sama, ayam dan telur ayam telah disambung pewartaannya sebagai barangan harga terkawal dan sedang berkuat kuasa bermula 12 Oktober lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Azman, lapan barangan yang dikawal harganya menerusi skim berkenaan adalah daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja) dan kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja).

“Ia akan turut melibatkan bawang merah kecil (India), bawang merah besar import serta kacang dal (Australia) dan semakan harga boleh dibuat melalui laman web KPDNHEP di https://www.kpdnhep.gov.my.

“Tempoh pelaksanaan ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa pada masa kini, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga malah pengguna juga dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga berpuas hati dengan tempoh masa pelaksanaan
yang effektif,” ujar beliau.

Jelas Azman, skim harga maksimum tersebut akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

“Pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNHEP telah ditugaskan di lokasi strategik seperti di pusat beli-belah bagi membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna.

“Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi Whatsapp di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal [email protected], dan pusat panggilan di talian 1800 886 800,” tegas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI