PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan melibatkan sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri-negeri tersebut terdiri daripada Perak (Kinta dan Kampar), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Rompin).
“Seterusnya, Selangor (Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Mersing).
“Bagi Sarawak meliputi Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song dan Kapit). Sabah pula melibatkan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) serta Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan),” katanya pada hantaran Facebook.