fbpx

Dua remaja maut, dua cedera motosikal bergesel sesama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 111.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi ini.

SUNGAI PETANI – Tindakan empat remaja lelaki yang dipercayai mahu menguji kelajuan motosikal masing-masing berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 111.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu berlaku selepas motosikal dinaiki remaja terbabit secara berasingan bergesel sesama sendiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala ke Butterworth, Pulau Pinang.

“Dua mangsa berusia 16 dan 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Sementara dua lagi rakan mereka berusia 18 dan 19 tahun masing-masing hanya mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati keempat-empat mangsa dipercayai menunggang motosikal dengan laju dalam jarak dekat sebelum hilang kawalan seterusnya bergesel sesama sendiri.

“Motosikal ditunggang mangsa kemudian terbabas di tengah lebuh raya dengan dua daripada mereka meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI