fbpx

Kerajaan setuju hapus hutang lapuk peserta Felcra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tiga dari kiri) menyampaikan Replika cek di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka, Tapah hari ini.FOTO/ MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Kerajaan bersetuju melupuskan hutang lapuk lebih 30 tahun berjumlah RM233.8 juta melibatkan 20,000 peserta Felcra Berhad di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira ketidakmampuan peserta ekoran pulangan pendapatan yang rendah disebabkan projek kurang berdaya maju dan tidak produktif dari segi penghasilan.

Katanya, sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 323 projek di seluruh negara dengan keluasan 22,173 hektar telah dikenal pasti sebagai projek kurang berdaya maju.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI