fbpx

Pagar kediaman rasmi MB Kedah dilempar cat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pagar kediaman rasmi MB Kedah di Alor Setar dilempar cat dalam kejadian pada pagi ini.

ALOR SETAR – Orang ramai yang melalui Jalan Anak Bukit, Pantai Johor di sini pagi ini dikejutkan dengan cat berwarna merah dan biru yang dilempar ke pagar kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, cat itu kebanyakannya mengenai papan tanda kediaman tersebut.

Selain itu, cat berkenaan turut mengenai pintu pagar yang baru ditukar di situ, pokok hiasan di belakang pagar serta ‘spotlight’ yang menghala ke papan tanda berkenaan.

Tinjauan lanjut turut menemui plastik berisi cat merah di lokasi tersebut, setakat ini belum dapat dipastikan siapa dalang di sebalik kejadian itu dan polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika ini difahamkan berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI