PETALING JAYA – Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga esok.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), bagi Sarawak melibatkan Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Sabah pula meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.
Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – KOSMO! ONLINE