fbpx

Perjuangan Pat Candy di GV9 berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Menepati jangkaan ramai,  perjuangan penyanyi, Pat Candy sebagai peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) berakhir apabila diumumkan tersingkir pada Konsert Minggu ke-5 di sini hari ini.

Pada konsert yang berlangsung di Auditorium MBSA di sini, Pat hanya memperolehi markah sebanyak 58.40 peratus.

Menerusi persembahan sebentar tadi, Pat mendendangkan lagu Babak Pertama duet bersama Aepul Drama Band.

“Saya sentiasa bersedia untuk disingkir. Setiap kali ada penyingkiran, saya jangkakan diri sendiri.

“Berada hingga ke minggu kelima pun sudah rasa cukup jauh,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert.

Konsert minggu kelima GV9 bertemakan Ku Seru Lagu Bertamu turut menyaksikan penyanyi Jaclyn Victor yang mendendangkan lagu Cinta bersama Aina Abdul menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 92.40 peratus

Tempat kedua diikuti Shila Amzah dengan kutipan markah sebanyak 82.20 peratus manakala Fuad Rahmat di kedudukan ketiga (81.70 peratus).

Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.

GV9 diadili sepenuhnya oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI