fbpx

Bomba tangkap ular sawa 20kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sepanjang empat meter yang berjaya ditangkap oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Pekerja di Felda Bukit Rokan, di sini, cemas seketika apabila ternampak ular sawa di kawasan projek pertanian di kawasan felda berkenaan, di sini, malam tadi.

Ular sepanjang empat meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh.

Menurut Ketua Balai Bomba Gemencheh, Penolong Penguasa Bomba, Norfaizal Ahmad, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.48 malam dan tiba di lokasi yang terletak kira-kira 10 kilometer berkenaan pada pukul 9.58 malam.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat seekor ular sawa sepanjang empat meter di belakang sebuah rumah.

“Kita menggunakan peralatan khas penjerut ular untuk menangkap ular berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Norfaizal berkata, sehingga semalam, pihaknya menerima sebanyak 116 kes panggilan atau aduan berkaitan khidmat khas.

Menurutnya, untuk kes tangkapan ular sebanyak 33 kes dicatatkan hingga semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI