PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia melibatkan Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.
“Bagi Terengganu meliputi Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang pula melibatkan Lipis, Jerantut, Temerloh dan Kuantan.
“Selain itu, Sarawak membabitkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis dan Beluru) serta Limbang, manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort),” kata MetMalaysia di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE