fbpx

Album kahwin macam katalog perabot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar album yang diterima pengantin dikatakan seperti katalog perabot.

PETALING JAYA – Seorang pengantin meluahkan rasa kecewa apabila hasil album perkahwinannya tidak seperti yang diharapkan apabila tiga muka surat pertama hanya dipenuhi dengan gambar kerusi dan meja kenduri serta pelamin kosong.

Lebih menyedihkan adalah hasil yang diambil kebanyakan kelihatan ‘bergegar’ dan tidak fokus, malah gambar tersebut dirakam dari jarak jauh sekali gus tidak menampilkan wajah pengantin.

“Pilih lokasi nikah ala-ala taman sebab nak gambar cantik, tapi hasilnya tak ada satu pun ‘close up’ muka, penat bayar mahal, video kahwin pun gegar, tapi katanya pakai ‘stabilizer’.

“Tahu tidak semahal pakej lain, pakej video dan gambar RM1,699, tapi tiga muka surat pertama gambar kerusi meja dah macam katalog jual perabot,” luah Nadia dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Katanya, dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak, namun sebagai pelanggan pastinya dia inginkan hasil terbaik untuk disimpan sebagai kenangan perkahwinannya bersama suami.

Menurutnya lagi, pihak pengantin juga tidak diberikan draf gambar untuk dipilih sebelum dijadikan album.

Susulan perkongsian itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh pengguna lain dan rata-ratanya faham dengan perasaan terkilan pihak pengantin apabila hasil yang diterima tidak memuaskan.

“Memang dah macam katalog perabot, lebih promosikan gambar kerusi meja yang tidak ada orang,” komen Aliya.

“Selalunya dalam album fokus gambar pengantin berdua, kalau ada gambar ramai pun macam keluarga, ‘bridesmaid’,” ujar seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI