fbpx

Ikan sunfish 2,744 kg pecah rekod spesies paling berat pernah ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai ikan ini ditemui di Pulau Faial, Portugal pada hujung tahun lalu. - Persatuan Naturalis Atlantik

LISBON – Seekor ikan sunfish gergasi yang merupakan antara spesies paling aneh di dunia disahkan sebagai ikan bertulang paling berat pernah ditemui, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bangkai ikan sunfish seberat 2,744 kilogram (kg) itu ditemui di Pulau Faial, Portugal pada Disember 2021, namun pengesahan daripada kajian ke atasnya baru sahaja didedahkan minggu lalu.

Menurut sebuah organisasi pemuliharaan bukan berasaskan keuntungan, Persatuan Naturalis Atlantik, ia dibawa untuk kajian oleh penduduk tempatan supaya penyelidik boleh menganalisis bangkainya.

‘Raksasa’ laut dalam itu berukuran 3.65 meter lebar dan 3.35 meter panjang.

Rekod yang dipecahkan oleh haiwan pemangsa yang kelihatan ganjil itu dahulunya dipegang oleh sunfish lain yang ditemui di luar pantai Jepun pada 1996 dengan berat mencecah 2,300 kg jika menurut Guinness World Records. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI