fbpx

Perah kudrat bela empat anak sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azuanina (kiri) dan Mohd. Fadzli (kanan) bersama dua anak mereka yang menghidap penyakit saraf di rumahnya di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Hidup seorang lelaki bagaikan tidak keruan apabila terpaksa terkejar-kejar untuk bekerja dan pada masa sama perlu pulang untuk membantu isterinya menguruskan dua anak orang kelainan upaya (OKU) dan autisme.

Mohd. Fadzli Shafie, 40, berkata, dia kini bekerja di ladang kelapa sawit dengan gaji RM600 sebulan selepas berhenti sebagai pemandu lori kerana perlu membantu isterinya, Azuanina Abd. Rashid, 38, menguruskan dua anak mereka, Muhd. Aiman Shahril, 18, dan Muhd. Aiman Raymi, 16.

Katanya, dua anaknya sakit saraf kini terlantar dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri dan sebagainya.

“Anak ketiga, Nur Alia Iwanina, 10, pula disahkan autisme dan sehingga kini masih belum pandai membaca dan menulis meskipun sudah bersekolah.

“Muhd. Aiman Shahril disahkan mengalami penyakit saraf sejak umur 10 tahun, manakala anak kedua ketika berusia lapan tahun. Mereka kini hanya hidup terlantar dan memerlukan bantuan menukar lampin pakai buang setiap hari,” katanya ketika ditemui di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini.

Menurut Mohd. Fadzli, anak keempat mereka, Nur Alia Farisya, 2, juga masih tidak boleh berjalan dengan baik.

Tambahnya, setiap hari dia perlu memandikan, tukar lampin dan menyuap mereka makan.

“Sehari saya hanya bekerja selama empat jam kerana perlu balik dan membantu isteri.

“Dengan kudrat isteri memang tidak mampu untuk mengangkat keduanya. Selain perlu menguruskan rumah, isteri perlu me­nguruskan seorang lagi anak berusia dua tahun,” katanya.

Ujar Mohd. Fadzli, setiap bulan dia perlu memperuntukkan hampir RM300 untuk membeli lampin pakai buang anaknya yang terlantar.

Pasangan itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1,000 sebulan bagi menampung keper­luan dan perbelanjaan harian mereka.

Terdahulu, pasangan itu diziarahi Pengurus Projek Sektor Kemiskinan Yayasan Kebajikan Muslim, Muhammad Azri Abdul Jalil dan rombongan Persatuan Cakna Kasih yang hadir bagi menyampaikan bantuan kepada mereka.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga ini boleh menghubungi Azuanina Abd. Rashid di talian 017-982 7435 atau menerusi akaun Bank Muamalat, 03070005191726.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI