fbpx

Litar beralun, sukan permotoran berisiko besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEGINILAH keadaan kereta Apeh Jamal selepas terlibat dalam kemalangan di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, kelmarin.

PETALING JAYA – Bentuk jalan yang beralun antara faktor pelumba drag, Apeh Jamal gagal mengawal kenderaannya sehingga menyebabkan dirinya terbabas selepas memulakan perlumbaan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, kelmarin.

Pengarah Jabatan Automotif TAJ International College, Azad Jasmi berkata, semua pihak terutamanya peserta di mana-mana perlumbaan sedia maklum bahawa sukan permotoran mempunyai risiko tinggi dan berbahaya.

“Merujuk video kemalangan itu, bentuk jalan raya yang digunakan nampak sedikit beralun di mana ia mungkin menjadi faktor kereta arwah terbabas apabila berada dalam kelajuan yang tinggi.

“Penyediaan kereta dari segi ruang dalaman, konstruksi badan kenderaan juga perlu diberi perhatian oleh jawatankuasa pihak penganjur sebelum diberi kelayakan untuk berlumba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: Peserta perlumbaan drag maut kemalangan di Gong Badak

Menurutnya, pihak penganjur perlu memperketat tahap keselamatan termasuk kesela­matan trek, fasiliti serta penyediaan kenderaan sebelum dibenarkan berlumba.

“Tujuannya untuk mengurangkan risiko berlaku kemalangan seperti ini selain aspek keselamatan sangat penting dari awal sehingga tamat perlumbaan,” jelasnya.

Seterusnya Azad berkata, pihak penganjur perlu mewujudkan jawatankuasa bagi menilai setiap fasiliti dan meneliti semula aspek keselamatan litar.

“Insiden seperti ini boleh berlaku dalam mana-mana acara sukan permotoran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI