fbpx

Ayam Johor mahal, banyak pergi Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kawasan di Johor mengalami kenaikan harga ayam standard sejak beberapa minggu lalu. – Gambar hiasan

KOTA TINGGI – Pengusaha ayam memaklumkan bahawa harga bekalan ternakan itu telah naik secara mendadak sehingga mencecah lebih RM1 sekilogram sejak se­minggu lalu.

Peniaga, Muhammad Siddiq Mohd. Sokran, 27, berkata, harga tersebut naik secara sedikit demi sedikit setiap dua hari di mana pada awalnya hanya 30 sen sebelum kemudiannya naik lagi kepada 40 sen.

“Harga ayam sekarang memang naik mendadak. Ia berlaku sejak minggu lepas lagi. Setiap dua hari naik 30 sen ke 40 sen.

“Sekarang untuk ayam hidup sahaja, harga sudah hendak dekat RM8. Ia berlaku di semua tempat termasuklah di tempat saya.

“Yang kami tahu faktor kenaikan harga ayam ini disebabkan kos makanan sudah mahal. Kami juga difahamkan bekalan ayam sudah kurang kerana banyak di eksport ke Singapura,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya dia juga tidak menafikan faktor Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan tidak lama lagi turut menjadi penyebab kenaikan harga ayam itu.

Sementara itu, tinjauan harga bagi sayur-sayuran di daerah ini mendapati, harga masih kekal sama dan tiada berlaku kenaikan.

Bagi pengusaha kedai runcit, Ahmad Mubarak, 39, berkata, ­harga sayur tidak menentu, namun pada ketika ini harga sayur dite­rima dari pembekal masih sama.

“Harga sayur masih sama tak mahal sangat dan tak murah sangat. Sawi sampai di kedai kami pada harga RM3.50, jika dulu harganya hampir RM6. Macam sayur salad sekarang RM5.30, paling mahal sebelum ini pernah cecah harga RM8.

“Kalau harga mahal biasanya bila sayur tak ada stok barulah mereka pemborong naikkan harga,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI