fbpx

PRU15 : Musa balas sindiran Sanusi isu kerjasama UMNO-Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSA (gambar) ketika berucap sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sebuah hotel di Butterworth, di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – “Dia jaga Kedah sudahla. Penang (Pulau Pinang) ni dia tak tahu apa pun. Kita (UMNO Pulau Pinang) di sini boleh tanya pemimpin Pas Pulau Pinang macam mana (hubungan).”

Itu penjelasan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir susulan sindiran yang dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor menerusi laman Facebook miliknya semalam.

Musa berkata, Muhammad Sanusi yang juga merupakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat tidak sepatutnya masuk campur hal ehwal politik di Pulau Pinang khususnya berkaitan kerjasama antara UMNO dan Pas.

“Pas Pulau Pinang pun tak ada reaksi apa tapi yang ‘dok’ buat kelam-kabut ni Kedah (Muhammad Sanusi). Dia tak ada kerja, dia ‘dok’ mai (datang) bagi serabut di Pulau Pinang. Kami tak ada masalah sebab UMNO ni kita dari dulu dengan Pas memang rapat.

“Tapi kalau Pas tak mahu (kerjasama), kita akan lawanlah. Tapi bukan kerana UMNO lemah, bukan UMNO tak ada kekuatan (jika tak bekerjsama dengan Pas). Lawan kita lawan. Dah 60 tahun kita lawan sebelum ni tak ada masalah pun,” jelasnya.

Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itu di sebuah hotel di Butterworth di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI