fbpx

PRU15 : PRU15 dalam tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (depan dua dari kiri) hadir pada majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh sebulan lagi selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu.

Beliau berkata kebiasaannya pilihan raya umum (PRU) akan diadakan dalam tempoh lima ke enam minggu selepas Parlimen dibubarkan iaitu tidak sampai 60 hari seperti ditetapkan mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, itu secara kebiasaannya dan paling awal PRU pernah diadakan adalah dalam tempoh empat minggu atau 28 hari selepas Parlimen dibubarkan.

“Kalau enam minggu, bermakna kita ada masa sebulan lagi, itu sampai tempoh hari mengundi.

“Penamaan calon biasa dua minggu sebelum hari mengundi, kempen biasanya 14 hari. Jadi congak sendiri bila penamaan calon dan hari mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 20 Oktober ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

“Maknanya sudah dekat sangat, sebab itu hari ini kita lancarkan jentera parti di Bera dan kita juga dalam mesyuarat khas malam tadi memutuskan semua cawangan mesti buka bilik gerakan bermula esok atau malam ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, Parlimen Bera perlu mendapat kemenangan lebih besar pada kali ini kerana kini ‘diteropong’ dan menjadi tumpuan kerana kerusi Perdana Menteri.

“Jadi tanggungjawab kita lebih besar dari dulu. Dulu kita menang hanya 2,300 undi, waktu itu saya Menteri Luar bandar. Tentunya 2,300 ini tidak berapa bagus tapi akibat tsunami waktu itu di Bera kita tetap tidak tumbang seperti kawasan lain.

“Kali ini kita mesti buktikan kepada kawasan lain bahawa Bera bukan setakat menang tapi menang dengan jumlah yang jauh lebih besar. Sekurang-kurangnya 6,000 ke 9,000. Kita kena buktikan Bera mampu beri kemenangan yang besar serta menyumbangkan satu kerusi untuk kita ke Putrajaya,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI