Oleh IVAN AMIRUL
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong berkata, Hajiji mengambil keputusan berkenaan secara sukarela selepas beliau terdedah dengan individu yang didapati positif Covid-19.
“Bagaimanapun, kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa.
“Semua mesyuarat juga perlu diadakan seperti biasa namun dibuat melalui persidangan video,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Sabah melaporkan sebanyak 282 kes Covid-19 baharu semalam. – K! ONLINE