fbpx

APMM rampas 90 set bubu naga di perairan Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Zon Kuala Kurau menahan tiga kru nelayan tempatan kerana melanggar syarat sah lesen dan tidak memiliki peralatan menangkap ikan yang sah semalam. - Foto Ihsan APMM

PARIT BUNTAR – Sebanyak 90 set bubu naga yang bernilai sebanyak RM6,300 telah dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, semasa anggotanya membuat rondaan rutin, mereka telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 6.8 batu nautika barat daya di muara Kuala Kurau di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga kru warga tempatan termasuk tekong berumur antara 19 hingga 31 tahun berada di atas bot.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lesen bot adalah sah namun tidak diusahakan pemiliknya sendiri serta spesifikasi enjin tidak sama seperti yang didaftarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak 90 set bubu naga bersama 50 kilogram hasil laut ditemui ketika pemeriksaan ke atas bot tersebut.

“Kesemua kru, bot serta alat kelengkapan tangkapan ikan dan hasil laut telah ditahan dan dibawa balik ke jeti pengkalan Maritim Zon Kuala Kurau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (B)Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dan Syeksen 11 (3)(B) akta yang sama kerana memiliki peralatan menangkap ikan tidak dilesenkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI