fbpx

Zed Zaidi masuk lokap, menang kes sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi membuat pengakuan terbuka tentang kemenangan yang berpihak kepadanya berhubung pertuduhan menyebarkan berita palsu dalam media sosial pada 15 September 2020.

Menurut Zed atau Rozaidi Abdul Jamil, 42, keputusan berkenaan diputuskan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang selepas perbicaraan berjalan sejak Februari tahun sama.

“Alhamdulillah saya telah menang kes tersebut cuma tidak menghebohkan kerana ketika itu negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya didakwa Januari dan proses bicara pada bulan Februari manakala pada 15 September saya telah menang kes dan dibebaskan daripada pertuduhan. Saya bersyukur sebab selama ini kita berada di pihak yang benar.

“Apa yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej saya sebagai Presiden Seniman dan berunsur politik,” ujar Zed.

Meskipun pernah merasa masuk lokap,  Zed tidak gentar mahupun serik untuk terus memperjuangan isu membabitan pekerja seni dan masyarakat.

“Saya tidak serik dan akan terus lantang seperti biasa. Apa yang berlaku (didakwa) adalah pengalaman terbaik untuk saya menjadi manusia lebih baik dan terus berjuang membela nasib orang ramai,” kata Zed.

Zed yang ditemui pada majlis pelancaran ruang acara, Astana Event Lounge di One City sebentar tadi turut berkongsi pengalamannya ketika berada di lokap mahkamah sementara menunggu untuk diikat jamin.

“Saya sempatlah merasa duduk di lokap dalam tujuh jam bersama-sama empat orang lagi yang didakwa bawah akta yang sama.

“Sempatlah kenal dengan tahanan yang lain. Tetapi itu pengalaman yang sangat berharga walaupun sekadar lokap dan bukannya penjara sebenar,” kata Zed.

Terdahulu, Zed sebelum ini didakwa kerana menyebar berita palsu dalam laman sosial Twitter dan Facebook miliknya yang berbunyi: “Breaking New: All countries except Malaysia -All countries has banned Chinese tourist except Malaysia pada 27 Januari 2020.

Pelakon itu didakwa bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI