fbpx

Fauzi Nawawi, Lisdawati cemas rumah dimasuki ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAUZI NAWAWI dan isterinya Lisdawati bergambar bersama seekor ular batik yang ditangkap di kediaman mereka.

PETALING JAYA – Pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan isterinya Lisdawati berkongsi detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki seekor ular sawa batik yang ditemui bersembunyi di dalam lubang tandas.

Gara-gara menerima ‘tetamu’ tidak diundang, Fauzi terpaksa memanggil anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantunya menangkap ular tersebut.

“Terima kasih kepada anggota JPAM. Sebelum ini lebah masuk rumah. Selepas itu tragedi ribut dan pokok tumbang. Malam ini (semalam) ular sawa pula masuk rumah.

“Terima kasih kerana sanggup datang pada tengah malam bantu kami. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa kalian,” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan dalam Instagram, Fauzi atau nama lengkapnya Mohd. Fauzi Mohd. Nawawi sempat merakam aksi anggota JPAM bertungkus-lumus menangkap dan membawa keluar ular sawa sebesar pergelangan tangan keluar dari rumahnya.

Turut kelihatan di dalam video tersebut adalah ahli keluarga, termasuk isteri dan anak-anaknya yang tidak mahu melepaskan peluang melihat aksi JPAM menangkap haiwan reptilia itu secara dekat.

“Hasil tangkapan malam ini. Ular sawa batik,” ujar Lisdawati sambil bergambar dengan ular tersebut.

Dalam ruangan komen, terdapat seorang peminat menasihati Fauzi agar berhati-hati, memandangkan kebiasaannya ular yang ditemui di dalam rumah mempunyai pasangannya.

“Cuci rumah bersih-bersih. Kawasan ular bersembunyi biasanya ada pasangannya dan akan datang semula berkeliaran,” ujar seorang netizen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI